Ya, kebanyakan manusia akan merasa masa dan hari bergerak dengan cepatnya kalau umur sudah mencecah 50 tahun ke atas, berbanding ketika orang itu masih bersekolah, bekerja atau belum lagi mencecah 50 tahun.
Ramai orang yang sudah berpencen akan terasa, eh… baru semalam hari minggu, ini hari, hari minggu lagi…OK.Ini bukan perasaan anda seorang sahaja tetapi ramai. Ini ada beberapa sebab kenapa kita terasa begitu.
Saya terasa mahu menulis pasal topik ini sebab saya terasa
masa bergerak dengan pantasnya selepas umur saya mencecah 50, 55 tahun. Terasa banyak sangat perkara terfikir yang dikejar tetapi tidak tercapai dan terus mengejar…biarpun mengejar bayang-bayangnya sahaja…
![]() |
| Butterfly Park, Wulai District, Taipei |
Ada beberapa sebab psikologi dan cara otak manusia bekerja
yang saya terbaca:-
Pertama, rutinitas hidup jadi kurang “penanda”. Maksudnya masa kita masih dibawah 50 tahun, hidup
itu penuh dengan penanda seperti – pergi kerja, meeting, kejar deadline, cuti
sekolah anak-anak, gaji masuk, target bulanan tanpa henti, ada projek atau
tugasan baru dan sebagainya seperti appointment dengan Kawan-kawan. Tetapi yang
ketara sangat ialah menunggu hari gaji. Menunggu hari gaji akan membuat hari
dan waktu yang lama. Tahu-tahulah sebab poket sudah hampir kosong atau sudah negatif.
Keduanya – otak kita menyimpan banyak “Check Point” yang secara langsung mendorong kita mengimbas kembali aktiviti, dan ini membuat kita terasa hari-hari yang kita lalui macam panjang sahaja.
Jadi, bila kita pencen atau tidak bekerja lagi, aktiviti hari-hari macam lebih serupa sahaja – bangun tidur, minum kopi, tengok phone, kayau-kayau jalan, makan, tidur atau bersembang sepanjang hari. Perkara ini semua tidak perlu “Event Marker” di dalam otak kita dan tentunya hari dan waktu meluncur dengan cepatnya, di dalam fikiran kita, sebab tiada halangan – event marker.
Ketika umur kita sudah tua, satu tahun nampak lebih kecil kalau dibandingkan dengan masa kita masih berumur 10 tahun. Saya sendiri boleh bandingkan – semasa saya masih tinggal di kampung pada umur lingkungan 10 tahun, saya masih mengingati jalan dari satu rumah kebun ke rumah kampung macam jauh sahaja. Ketika itu saya masih ingat macam ada 5 kilometer berjalan di bawah pokok-pokok besar dan jalan tanah. Tetapi selepas saya habiskan alam persekolahan saya di universiti, semasa saya balik – saya rasa jalan yang sama itu rupanya hanya lebih kurang 800 meter sahaja. Sekarang, apa lagi , sudah tua tengok itu jalan macam lagi lebih pendek.
Secara ringkasnya – masa kita berumur 10 tahun, satu tahun itu adalah 10% daripada keseluruhan hidup kita; tetapi bila kita sudah mencapai 60 tahun, 1 tahun itu sekitar 1.5%–1.6% sahaja daripada keseluruhan hidup kita.
Jadi otak kita terasa satu tahun itu “pendek”. Sebab itu, masa kecil, cuti sekolah terasa sangat lama. Tetapi kalau sudah
berumur 50-60 tahun dan ke atas, kita tidak sedarpun tahun sudah sampai ke
hujung tahun…
Otak orang berumur kurang menerima pengalaman baru.
Memang otak orang berumur agak susah untuk menerima
pengalaman baru sebab “recording” tidak setajam semasa kita masih muda. Lagipun, orang berumur tidak perlu sangat berpengalaman—pengalaman baru kita sepatutnya diberikan sahaja kepada orang yang masih muda bertenaga.
Pengalaman baru buat masa terasa perlahan – Event Marker -
Contoh: melancong ke tempat baru, belajar benda baru, jatuh
sakit, mula perniagaan baru, pindah rumah dan sebagainya. Semua ini akan
membuat otak kita merekod lebih banyak data pengalaman baru – jadi kita terasa
hari dan waktu boleh bergerak perlahan. Sebab itu kalau kita yang berumur pergi
melancong seminggu ke tempat baru, boleh terasa hari dan waktu agak lama – disebabkan
event marker-, tetapi kalau hari hari ke kedai kopi yang sama main handphone atau main
game sambil minum kopi – kita terasa masa berjalan dengan lebih cepat, sebab –
event marker kurang-
Part ini yang agak, mungkin mengerikan – termasuk saya sendiri – bila umur meningkat, kita lebih sedar masa itu terhad. Faktor ini ramai orang tidak mahu sebut – kenapa, hanya sendiri saja yang tahu !
Kalau umur sudah lepas 55 tahun (umur berpencen wajib dulu-dulu,
tetapi bukan sekarang)
- mula
nampak kawan sakit
- ada
yang meninggal
- tenaga
badan berubah
- ibu
bapa tiada
- anak
sudah besar
- kalau
tiada anak, mula risau untuk mencari rumah orang tua untuk berteduh.
Kesedaran bahawa masa hidup itu finite membuatkan kita lebih
peka terhadap kelajuan masa.
Teknologi dan handphone juga mempercepatkan rasa masa. Sekarang, saya boleh tengok dan menanya, sejak bila orang tua-tua bangka suka main handphone… Kalau saya pergi ke kedai kopi di kawasan saya tinggal, terdapat beberapa orang yang sudah tua-tua bangka sedang asyik tengok handphone. Macam mata mereka pun masih tajam. Sekarang ramai pesara :
- scroll
WhatsApp dan respond kepada whatsapp teman-teman
- YouTube program kesukaan orang tua-tua
- Facebook mengomen di FB
- TikTok
- baca berita
- Main
judi haram online
Tahu-tahu 2 jam hilang.
Dulu orang duduk termenung di beranda pun boleh rasa petang
itu panjang. Sekarang otak sentiasa “dihidangkan stimulasi”, jadi masa terasa
compressed, “dipercepatkan”.
Yang menariknya, kadang-kadang bukan masa yang makin cepat . (Memangpun masa dan hari tidak boleh difast forward cuma didalam otak kita Sahaja).
Tetapi:
- hidup
makin stabil sebab ada wang pencen atau simpanan KWSP
- kejutan
makin kurang sebab sudah pandai merancang
- rutin
makin tetap sebab keluarga sudah memahami tingkah laku manusia. Jadi
kurang dibebel oleh keluarga berkaitan dengan kegiatan harian. Yang penting –
happy.
Otak mentafsirkan itu sebagai “masa berlalu pantas”, sebab itu sesiapa
yang ada tempat seperti tanah kosong akan berkebun. Yang ada lebihan wang akan
travel. Yang suka memerah otak akan berdebat dengan AI. Yang takut disisih oleh komunitinya akan buat kerja komuniti dan berbagai-bagai aktiviti seperti berniaga
secara kecil-kecilan, berjalan petang petang atau kerja volunteer
Dengan berkecimpungan dalam berbagai aktiviti, orang yang
berumur akan terasa bahawa hari dan masa tidaklah meluncur terlalu laju kerana otak
masih menerima pengalaman baru dan brain marker.
Jadi, sesiapa yang berminat untuk menekan brek keluncuran masa dan waktu dalam hidup, bolehlah berfikir untuk mengambil bahagian dalam apa-apa bidang seperti yang dibincang di dalam artikel ini.

Ulasan
Catat Ulasan